Membaiki bumbung bocor cikbad
Musim hujan sudah tiba dan atap rumah anda mengalami kebocoran? Tentu hal ini boleh menganggu segala aktiviti-aktiviti anda sekeluarga kan? Haaa, jadi artikel kali ni akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah atap rumah yang bocor.
Hubungi cikbad 0192626725
Hubungi cikbad 0192626725
Gantikan flashing bumbung
Cara untuk menyelesaikan masalah bumbung bocor adalah dengan mengantikan flashing bumbung anda. Flashing bumbung adalah kepingan aluminium yang menutup penyambung di bumbung. Ia di pasang pada joint antara bumbung denga party wall untuk mengelak daripada kebocoran. Untuk tahan lebih lama anda boleh menggunakan material flashing yang berkualiti dan lebih tebal flashing tersebut adalah lebih baik. Namun, pemasangan flashing pada bumbung agak sukar oleh itu anda perlu mengupah kontraktor untuk memasangnya.
Kenalpasti kepingan genting pecah atau crack
Kebocoran juga berlaku disebabkan oleh kepingan atap genting lari dari kedudukan asal (teralih atau bergerak), kepingan genting yang pecah atau crack. Jika kebocoran adalah berpunca daripada kepingan atap genting yang lari dari kedudukan asal, anda perlulah menempatkan kembali kepingan genting itu ke tempat asalnya bagi mengelakkan kebocoran.
Selain itu, jika anda dapati kepingan genting anda sudah pecah, segeralah tukar kepada yang baru. Namun untuk kepingan genting yang retak, anda boleh tampal dengan menggunakan silikon. Menggunakan silikon adalah satu cara yang paling mudah kerana ianya kemas dan bersih serta tahan panas. Untuk menampal silikon ia perlu ditampal pada waktu pagi sebelum bumbung menjadi panas. Jika panas ia akan memberi masalah pada anda untuk memanjat.
Memasang penutup gutter bumbung
Anda juga perlu memasang penutup gutter bumbung rumah anda. Kenapa? Kerana ia bagi mengelakkan gutter tersebut tersumbat disebabkan oleh daun-daun ataupun lumut. Jika gutter tersumbat, ia akan menyebabkan air hujan melimpah keluar daripada gutter tersebut.
Atap yang mempunyai kemiringan yang tepat
Cara untuk mengatasi kebocoran atap juga ialah dengan memastikan pemasangan atap mempunyai kemiringan atau kecerunan yang tepat kerana salah satu penyebab terjadinya kebocoran pada atap rumah adalah rekabentuk atap yang terlalu landai. Bumbung rumah yang dibuat terlalu lantai menyebabkan air hujan tidak boleh mengalir ke bawah. Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memperbaiki tingkat kemiringan atap rumah anda. Minimum kemiringannya ialah 30 darjah, rata-rata dibuat dengan cerun 35 darjah. Jika lebih landai dari itu maka diperlukan bumbung tambahan dibawah misalnya dengan memasang plastik tebal.
Jadi itulah beberapa cara untuk menyelesaikan masalah kebocoran pada bumbung rumah anda. Semoga artikel kali ni boleh memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa share dan kongsikan pengetahuan ini kepada kawan-kawan atau saudara-mara anda.
Comments
Post a Comment